B
2
S
T

BACK TO TOP
Gadis Brutal Cari Cinta
Friday, 6 April 2012 @ 09:06

Bab 11
Dapatkah selamanya kita bersama,
Menyatukan perasaan kau dan aku.

     Eh? Dah pagi ke? Alhamdulillah kerana pada pagi ini aku still hidup dan dapat menikmati keindahan-Mu yang sementara ini.  Arghh! Aku mengliat. Sekejapnya dapat tidur. Hish! Macam mana tak sekejap kalau malam tadi tidur pukul 12. Haha. Lenguhnya badan aku ni. Tak cukup tidurlah. Nak tidur lagi.. omelku sorang-sorang dalam bilik.
    Selepas membersihkan diriku yang agak busuk ni. Haha. Aku turun ke bawah untuk melihat sarapan apa yang dimasak oleh Ayla pagi ni. Huwahh! Sedapnya bau. Dari atas lagi aku da bau aroma masakannya. Untunglah siapa yang dapat dia ni.
    Pandai masak, rajin kemas rumah dan pandai buat kerja orang perempuan ni, tak macam aku. Kalau nak dibandingkan dengan Ayla, aku tak reti masak lagi –lagi masak manggi memang fail weyh. Haha. Kemas rumah? Mak aku suruh baru kemas. Pemalas gilakan? Hehe.
   “Hah! Ayla!!!” sergahku kepada Ayla.
   “Woii! Nenek kau terbalik ek?” haha tak sangka aku dia ni mak latah. Kalah mak aku kat umah nun. ‘Woii Iz senpat lagi kau kutuk mak kau ye.’ Hati kecilku berkata.
    “Hish kau ni! Dah kenapa? main sergah-sergah orang. Nasib baik aku tak  ada heart attack kalau tak dah lama jalan dah.” Bebel Ayla.
   “He he he. Sorry la. Aku tak sengaja, lagipun aku saja je nak sakat kau. Al-maklumlah da lama tak sakat sepupu kesayangan aku ni.” Lantas tangan aku mencubit pipi dia yang tembam tu.
   “Ouch!! Woii sakit la weyh. Kau ni nak bagi pipi aku ni tembam lagi ke Iz?” marah Ayla.
   “Hehe. Eh, kau masak apa hari ni?” ubah topik malas nak layan kemarahan Ayla kang nanti lagi berlejer-lejer aku dengar dia pok-pek pok-pek.
    “Aku masak nasi goreng je. Malaslah nak masak banyak-banyak , yang makan kita dua orang je.”jawab Ayla.
    “Eh, aku tanya kau masa apa je, aku tak tanya kau masak banyak ke tak. Wekkk!” aku tanya sikit dia jawab lebih-lebih pulak. Amik kau! Haha.
    Pantas tangan Ayla mencubit lenganku. “Woii! Apa yang main cubit-cubit ni. Grr.”
     “Padan muka kau! Loyer buruk lagi. Huh!” jawab Ayla. “Dah la pergi makan sana. Kang lambat pergi office.”
      “Hmm. Yela makcik.” Malas nak cakap banyak.
       Selepas kami makan, kami pergi ke kerja dengan menaiki kenderaan sendiri. Lepas pulang dari kerja aku akan terus pulang ke rumahku. Kang duduk  lama-lama kat umah Ayla tak ke naya kena bebel dengan Mak Ani(mak aku). Haha.
      Aku memaikai fon telinga dan menghidupkan mp3 ku sambil memnunggang motor. Lagu apa lagi yang aku mainkan kalau bukan lagu favouriteku. Lagu k-pop la..
naega ireol jul arasseo Uh
niga geu namjal mannareo gandago haesseul ttae
wae neol geuttae butjapji motaesseulkka
ireol jul arasseo Uh
moreuneun jeonhwabeonhoga tteul ttaebuteo
geuttaebuteo ireol jul arasseo
     Mulutku terkumat-kamit menyanyikan lagu I Knew It dari kumpulan BEAST  yang membawa maksud Boys of the East Standing Tall. Pada asalnya nama group ni ialah B2ST (Boys to Search for Top) tapi ditukarkan menjadi BEAST selang beberapa hari atas sebab tertentu. Aku memang minat gila dengan group dorang ni. Lagi-lagi leader dorang Yoon Doo Joon. Awww.. hensemnya. Lagu-lagu mereka semua kebanyakkannya aku dah hafal. Hehe.
    “ Suruh hafal fakta Sejarah susah, tapi hafal lagu korea yang terbelit-belit boleh pulak. Apa nak jadi la dengan kau ni Iz.” 
     Teringat lagi ayat tu masa aku di tingkatan 1. Mak aku bukan main bising lagi. Akibatnya, Sejarah aku dapat D, amik kau. Melawan lagi. Selepas itu, aku study lah betul-betul dan waktu PMR result aku bagus la jugak. Sejarah pun dapat A. Alhamdullilah.
     Sedang aku menunggang tiba-tiba ada kereta brek mengejut. Prettt..!! Ish, kereta ni pahal pulak tiba-tiba brek emergency ni. Nasib baik motor aku tak cium bontot kereta dia, alamatnya pokai lah duit aku nak bayar ganti rugi.hehe. Gila betul lah siapa yang bawa ni. Tak belajar undang-undang ke? Huh!
    Seorang pemuda yang segak lagi bergaya lagi hensem keluar dari kereta jenis Nisan Fairlady bewarna hitam. Cett, gatal betul aku ni. Keke. Eh, kereta ni aku macam pernah nampak la pulak tapi di mana ek?  Arghh! Fikiran kusut, tak boleh fikir dah ni. Lantaklah!
    Pemuda itu menuju ke arahku dan berkata.
    “Cik, sorry saya tak sengaja brek mengejut tadi. Cik tak apa-apa kan?” Dia minta maaf dari aku. Dari muka dia aku tengok macam kenal. Iskandar! Hah dia lah! Nasib baik aku pakai helmet. Harap dia tak perasan muka aku yang cute ni. Ehem-ehem, perasan gila aku ni.hehe.
     “Eh, takpe-takpe. Tak mati pun lagi saya ni. Tapi lain kali bawa elok-elok kang tak pasal-pasal orang lain yang jadi mangsa.” Aku menjawab dengan lembut habis. Haha.
    “Hmm, baiklah kalau macam tu saya gerak dulu ye. Bye.” Iskandar terus masuk ke dalam perut keretanya.
     Aku mengeluh lega. Nasib baiklah dia tak perasan aku siapa. Pandai jugak kan kau Iz, sorok muka kau kat helmet.
   Aku meneruskan perjalananku seperti biasa dan memasang kembali fon telingaku.
@@@@@@@
    Motor dan cara dia macam aku pernah nampaklah sebelum ni. Iskandar berkata. Dia perasan motor yang ditunggang gadis tadi orang yang amat dia kenali. Tapi dia ragu-ragu. Takut nanti salah orang buat malu pulak. Lagipun gadis itu memakai helmet, mukanya pun kurang jelas. Jadi, dia malas nak bertanya dan meneruskan perjalan ke pejabat yang terletak kurang lagi 3 kilometer.
     Alhamdulillah sampai jugak pejabat. Nasib baik panjang umur kalau tak mesti dah mati kat situ dah. Hehe.
     Macam biasa masuk pejabat je Ayla dah panggil. Hmm. Suruh hantar surat lah tu.
      “Iz, sini kejap.”
      “Hmm, ye. Ada apa lagi cik kak?”
      “Bos kamu nak jumpa kamu tu.”
      “La.. kenapa nak jumpa aku? Nak pecat aku ke? Janganlah aku tak nak duduk kat rumah dengar mak aku membebel sementara tunggu tawaran belajar. Weyh, tolong lah aku.” Merayuku supaya Ayla dapat membantuku.
       “Oitt, rileks la. Dia nak jumpa kau je pun, bukan nak pecat kau. Hish kau ni. Gelabah.”
      “Ouh, hehe. Peace!” aku menaikkan dua jariku menunjuk ‘peace’.  

Tok! Tok! Tok! Aku mengetuk pintu pejabat bos aku.   
      “Masuk!” suara lunak Encik Amir Daniel kedengaran. Lantas aku memulas tombol pintu dan masuk.
      “Duduk!” dia menyuruh aku duduk.
      “Err.. ada apa bos nak jumpa saya ni? Saya ada buat salah ke? Bos nak pecat saya ke? Saya minta maaf bos, saya janji tak buat lagi.” Amir hanya tersengih bila melihat aku yang gelabah ni. Aku pun satu kot ye pun tanya la satu-satu ni tak, semua nak tanya.
       “Eh, awak ni banyak betul peluru soalan nak tembak saya. Entah mana satu saya nak jawab pun saya tak tahu.” Aku hanya tersengih apabila mendengar jawapannya.
       “Tak payah jawablah bos. Senang citer.”  Aku bergurau.
       “Haha. Awak ni kan nak saya buat betul-betul ke? Nak?” aduh! Bos aku ni, aku gurau je, tak kan nak pecat betul-betul kot.
     “Tak adalah. Saya suruh awak jumpa saya ni sebenarnya ada perkara sikit nak bagitahu awak.” Dia bertukar series.
     “Perkara tu bos?” aku dah cuak.
     “Saya nak ajak awak lunch nanti boleh?” lembut sekali suaranya mengajakku.
      “Err.. kenapa ajak saya pulak? Girlfriend bos mana?”
      “Amy sibuk dengan butik dan fashion show dia. Mana ingat saya boyfriend dia ni.” Jawab Amir acuh tak acuh. Amy adalah teman wanita Amir. Amy memang cantik dan pandai bergaya, jadi tak salah Amir pilih dia, Cuma pekerjaan dia yang sibuk menyebabkan Amir di layan seperti bukan kekasihnya. Katanya kerjaya lebih penting dari melayan kekasihnya itu. Hmm, tu lah orang yang dah berkerjaya.
      “Bos belanja kan?”
      “Yela, saya belanja. Kan saya yang ajak awak.” Dia memberi senyuman yang paling manis buat aku. Aduh. Tersenyum malu aku.
       “Okey. Eh, tapi bos tak malu ke lunch dengan budak despatch macam saya ni.” Kalau boleh aku tak nak malukan dia dengan makan tengahari bersama orang bawahan macam aku ni.
       “Eh, tak adalah, buat apa nak malu, bukan tak pakai baju pun.” Hish bos ni buat lawak pulak.
      “Hmm, okeylah nanti saya tunggu bos kat bawah.”
      “Awak tak payah naik motor tau, saya jemput awak.”
      “Hmm, baiklah!” aku bangun dan terus keluar tiba-tiba bos panggil.
     “Eh, Iz sekejap. Ni hantarkan dokumen ni pada kawan saya. Nah! Ni alamatnya.” Dia memberi aku satu dokumen penting.
     “Okey!”

@@@@@@@@@@

Tengku Iskandar Iman Tengku Irfan.
       Berulang kali aku membaca nama tu. Macam kenal.. tapi tak mungkinlah dia. Ala.. dalam dunia ni kan ada ramai nama yang sama. Sedangkan ada tujuh muka yang serupa dengan kita. Tak mustahil lah kan?
        Pehh! Besarnya hotel ni. First time, aku datang, susun atur perabut dan landskap di dalamnya cantik sekali. Lagi-lagi dekat Port Dickson tempat pelancong selalu kunjung jadi, tak sia-sialah Tengku Ismail buka hotel ni
       Aku masuk menuju ke kaunter pertanyaan di depanku. Cantiknya gadis itu, senyuman manis ada lesung pipi lagi. Kalau aku lelaki memang aku dah kasi ayat dah dekat budak ni. He he he. Idea nakalku muncul.

       “Hai awex! Nak tanya bilik Tengku Iskandar Iman Tengku Irfan di mana?” dengan ramah aku tanya.
      “Sekejap ye bang. Saya tengok dulu sama ada dia ada di pejabat atau tak.” Abang dia panggil aku? Haha. Mentang-mentanglah aku pakai baju kemeja di luar dan di dalam t-shirt seperti lelaki dengan helmet masih di kepala dia panggil aku abang.
      Hish, aku pun satu tadi, panggil dia awex. Amek kau Iz!
      Rimas pulak, bukaklah helmet ni. Aku mengibas rambut pendek paras bahuku dan mengeluarkan cap yang memang telah aku cekakkan di bahagia pinggan seluar jeansku ini. 
Gadis itu datang dan muka dia yang tenang itu kelihatan terkejut selepas melihat mukaku. Err... ada apa-apa ke kat muka aku ni?
     “Err.. dik, mana pergi abang despatch yang hensem tadi ye?” gadis itu bertanya. ‘Eh, tadi tak silap aku lelaki kan kenapa tiba-tiba datang perempuan yang agak muda dari aku ni?’ gadis itu berkata di dalam hati.
       “Mamat hensem tu pakai helmet kan?” wahh, tak sangka aku hensem. He he he.
       Gadis itu mengangguk.
       “Saya la tu. Tadi saya pakai helmet, dah rimas saya buka balik then pakai cap pulak. He he he.” Sambungku.
       “Err.. maaf lah sebab saya...” aku terus memotong.
       “Takpa , saya tak kisah lagi pun saya yang salah tak tunjuk identiti yang sebenar.” Gadis itu hanya senyum malu.
       “Eh, Cik ... “ aku memotong cakap dia. “Izzatul Iza. Panggil Iz sudah. Tak payah nak cik-cik.” Jawabku jujur.
       “Okey. Cik Iz, err.. Iz jom ikut saya pergi ke pejabat Tengku Iskandar Iman.” Ramah gadis itu mengajakku. Aku pun follow je lah.
       Sepanjang aku mengikut dia, dari belakang aku memerhati cara pemakaian, berjalan dan kesopanan. Jauh beza dariku yang seperti ini. Baju yang disediakan untuk pekerja hotel ini memang cantik dan sesuai. Pandai mereka memilih rekaan.
      Bagi lelaki baju berwarna kemeja hijau berjalur hitam sedikit dan terdapat logo hotel tersebut. Manakala pakaian perempuan sama aje cuma seluar yang dia pakai berwarna hitam itu kelihatan seperti skirt labuh tapi sebenarnya seluar yang di kembangkan supaya tengah-tengahnya nampak bercantum. Ala.. seluar dia lebih kurang macam cerita hotel mania tv3 tu. Hah! Macam tu la.
     Setelah puas aku memerhati tingkah laku dan suasana di situ, tanpa sedar. La... da sampai rupanya.
     “Terima kasih cik!” aku menunduk hormat.
     “Sama-sama.”
       Aku mengetuk pintu pejabatnya. Dari pintu itu sudah tertera nama.
Manager Hotel.
Tengku Iskandar Iman.
       Sah-sah lah betul tempat yang aku datang ni.
       “Masuk!” lantang suranya dari dalam.
       “Encik Tengku Iskandar Iman. Ni dokumen penting dari Encik Amir Daniel untuk diberi.” Dia yang menghadap kerusi ke belakang terus memusing ke depan apabila mendengar suaraku.
        Sebenarnya Iskandar sudah tahu kehadiran Iz, semasa hendak masuk ke pejabat. Tu yang kerusi dia pusingkan ke belakang semasa Iz masuk takut gadis itu lari pulak nanti.
        “Err... Iskandar?” Hish, tak sangka umur dia yang sebaya aku ni dah duduk atas kerusi yang mewah ni. Oh, lupa! Anak Tengku, tak belajar pandai-pandai pun tak apa. Ayah sendiri boleh bagi kerja.
        “Yela, aku la ni. Tak kan kau tak perasan nama aku ada kat situ kot?” a’ah la nama dia. Aduss! Bodohnya aku ni, dah terang-terang nama dia. Hmm, tu la. Berlagak sangat, kata nama dia ramai kat dunia ni la apa la. Macam-macam. Kan dah kena. Aku memarahi diriku sendiri.
        “He he he. Tak perasan. Okeylah nah! Ni dokumennya.” Aku meletakkan dokumen itu di atas meja dan ingin cabut lari.
        Aku ingin melupakan dia. Lagi aku pandang muka dia lagi aku rasa tak tentu arah dan akan ingat dia selalu. Ya Allah bantu hambamu ini. Rintih hatiku.
       “Eh, Iz. Sekejap lah. Cepatnya nak balik. Aku nak tanya kau ni. Duduk dulu.” Dia menahan aku dari pergi.
       “Hmm, okey tapi sekejap je. Cepat lah cakap aku ada kerja lagi ni.” Bohongku.
       Aku tak boleh mengalah aku mesti tanya dia kenapa dia mesti lari dari aku kalau nampak aku. Desis hati Iskandar berkata.
       “Asal kalau nampak aku kau gelabah? Lepas tu cepat-cepat nak lari balik. Kenapa? Aku bukan makan kau pun.” Tanya Iskandar lembut.
       Aduh, Iskandar kau jangan lembut dengan aku, nanti lagi aku tak boleh lupakan kau.
       “Err.. tak ada apa-apa la. Kebetulan nak cepat. Aku pergilah. Hmm, ada pape  lagi? Kalau tak ada aku balik.” Aku dah bangun dari kerusi, aku tak nak dia tanya bukan-bukan.
       “Eh, err.. Iz.” Hish budak ni, aku tak habis cakap lagi dah lari.
       Kenapa dia mesti lari bila jumpa aku? Ini tak boleh jadi, aku mesti buat sesuatu untuk rapat dengan dia. Desis hati Iskandar.
       Aku buat perangai balik, lari dari dia. Dan ...


Pftt... tggu smbungannye..
Btw pedulikan line htam tu, ak sndri x taw mcm mane nk hlgkan..
><

Papai~
out-->
*continue reading*