B
2
S
T

BACK TO TOP
Gadis Brutal Cari Cinta
Tuesday, 13 March 2012 @ 00:20
Assalamulaikum. Annyeonghaseyo all my chingus.
-Here I Am-



Bab 4
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku.
      
      “Huh!” Iz mengeluh.
       Kenapa la dia harus muncul di saat aku belum bersedia untuk menenangkan keadaan aku yang dah tahap kritikal ni. Ya ke? Mungkin la kot. Tengku Iskandar Iman bin Tengku Irfan. Nama itu tidak mungkin aku lupakan dan amat susah untuk dilupakan kerana dia orang yang telah berjaya mencuri hatiku ini. Tapi aku tidak pernah meluahkannya kerana  bimbang cinta bertepuk sebelah tangan.
       Kenangan lepas kembali mengusik jiwa Iz yang bercelaru itu.
       Ketika sedang menunggu kawan-kawannya membeli di kantin. Dia terperasan akan seorang budak baru. Muka boleh tahan. ‘Nak try usha la.’ Detik hati Iz. Iz memang begitu pantang nampak lelaki dahi licin, terus nak usha. Tapi dia usha saja-saja aje tak series mana pun sebab di dalam fikiran dia hanya subjek-subjek sekolah sahaja dan Iz juga seorang yang peramah. Eh, kejap-kejap selalunya perempuan dahi licin, ni terbalik pulak. Haha.
“Hye? Budak baru ye?” tanya Iz.
“Hye. A’ah saya budak baru. Awak siapa?” tanya lelaki itu. Perhhh! Suara dia yang pecah lagi garau mencairkan Iz. ‘Hey Iz, kau jangan cakap kau jatuh hati dengan pemilik suara itu okey.’ Nafsu dia berkata.
“Aku Izzatul Iza. Just call me Iz. Kau?”
“Saya Tengku Iskandar Iman. Awak boleh panggil saya Is.”
“Eh, kau perasan tak nama kita sama? Hehe. Ada jodoh meyh. Tak ada lah gurau je. Hmm, aku panggil kau Iman la, boleh kan?”
“Suka hati awak la.” Dia terus bangun dan berlalu pergi. Perghh sombong gila. Wekkk.
“Woii Iz kau tengok apa tu?” sergah Sam.
“Aku tengok mamat baru tu.” Iz memandang kereta Honda Civic yang dinaiki oleh Iman, lelaki yang dia usha tadi. ‘Hmm, mesti kayakan dia?’ Iz berkata di dalam hati.
“Kenapa dengan dia?” sampuk Qila tiba-tiba. Alia awal-awal lagi sudah pulang dengan drivernya Pak Samad.
“Budak tu la yang aku usha masa kat kantin tadi. Sombong weyh. Anak orang kaya sombong!”
“Dia?” tanya Sam ingin kepastian.
“Yela. Kenapa?”
“Weyh kau tak tahu ke?” Qila menanyakan Iz. Iz pelik, macam ada sesuatu yang dia tidak tahu tapi sahabat-sahabat dia tahu.
“Hish. Mestilah aku tak tahu sebab korang tak bagitahu aku lagi. Apa bendanya?” Iz cuba buat loyer buruk dia yang tak laku tu.
“Dia kan sepupu Hanim. Budak tuh baru masuk semalam. Dengar cerita dia memang rapat dari kecil lagi.” Kata Qila.
“Huh! Patut la sombong! Elok lah tu bersepupu dengan Hanim yang sombong dan gedik 2x5. Sama je kan?”
“Haha.” Ketawa Sam dan Qila.
“Weyh jom balik! Kang mengamuk Mak Ani kau tu.” Ajak Sam.
“Hmm. Yela.. Jom. Cepat naik Qila.” Jawabku.
“Ye.Ye. Aku nak naik la ni.” Pantas Qila menjawab.
         Lelaki itu la yang aku cuba usha tu dulu. Tapi dia sombong dan berlagak. Poyo! Tapi aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh tertarik dengan lelaki itu. Aku fikir  bayangan lelaki itu sudah boleh dilupakan tetapi bila jumpa di Old Town Coffee tadi. Bayangan lelaki itu mula kembali lagi dan terus melekat di mindaku. Arghhhh!! Aku tidak pernah meluahkan kepada sesiapa termasuk sahabatnku sendiri. Aku hanya pendamkan ia sendiri kerana aku malu dengan sahabat-sahabatku itu. Izzatul Iza yang sahabatku kenal hanya fikir belajar. Oleh kerana itu, aku tidak mungkin akan menceritakan perkara ini kepada sahabatku  sampai sekarang.


# aku taw cter aku bnyk typo tu psl ak minta korang komen or bg pendpat yg rasional tok ak improve story ak ni blik ..
gomawo/thanz

out-->