B
2
S
T

BACK TO TOP
Gadis Brutal Cari Cinta
Saturday, 24 March 2012 @ 21:49

Bab 10
Dapatkah selamanya kita bersama,
Menyatukan perasaan kau dan aku.

     Malam itu aku tidur di rumah Ayla setekah meminta izin mak ayah aku. Kitaorang kalau dah jumpa macam bahan jenaka keluar well, banyak-banyak sepupu aku dia la yang aku paling rapat. We share secret together, share facebook, share friend and share boyfriend. Cehh, speaking dah aku. Eh, share boyfriend? Haha tak ada la, saje nak tambah ayat.
    “Weyh Ayla, kau dengan dia apa cerita?” aku mulakan cerita. Al-maklumlah dah tak ada idea nak dibualkan hari ni so, cerita lah pasal pakwe-pakwe ni. Hehe.
    “Dia? Nama natang(binatang) apa tuh weyh? Tak pernah dengar pun?” dah mula dah loyer buruk dia. Ikut siapa lah tu.
    “Kau ni buat loyer buruk tak bergaji pulak kan? Siapa mengajar sepupu aku jadi macam ni. Ni?” muncung sedepa aku.
     “Hah! Buatlah muncung kau tuh aku ikat kang baru tahu. Siapa  lagi yang mengajar aku kalau bukan minah kerek sebelah aku ni.” Eh, sejak bila pulak sepupu aku ni pandai buat muncung. Pelik bin ajaib betul. Kata Ayla di dalam hati.
    “Aku ek ajar? Bila masa pulak aku buat class loyer buruk ni sayang oii?” aku hantar paku keras loyer buruk aku kat kau. Amik kau!
    “Tengok dia buat lagi. Huh! Malaslah aku nak layan perangai loyer buruk kau ni. Kalau dilayan sampai esok lusa tulat pun tak habis.” Bebel Ayla geram yang Iznya pulak pergi ajuk cakap Ayla yang cot-cet cot-cet tu saja nak sakitkan hati. Adoyai minah ni mengajuk pulak. Kena pujuk ni kang sarapan aku tak dimasaknya pulak. Kebulurlah aku nanti. Kataku hanya di luahkan di dalam hati.
     “Ala.. sayang wangi-wangi, baby chubby-chubby, ciut-miut ni. Janganlah mengajuk kesiankanlah aku ni. Kalau kau merajuk aku nak cakap dengan siapa nanti. Tak kan dengan teddy bear busuk kau ni.” Sambil pujuk sempat lagi aku sakat.
     “Hish dah lah geli-geleman aku dengar, lainlah kalau yang cakap ni d.. Hmm tak ada apa.” Yes! Dia dah tak mengajuk. Perghh! Caya lah kau Iz boleh buat dia cair mengalahkan lelaki. Haha.
     “D.. apa sayang oii? Hah! Ni mesti nak sorok something dengan aku kan?”
     “Tak ada apa la aku saja tambah ayat ‘d’ kat belakang tuh.” Aduh! Macam mana lah aku boleh terlepas cakap ni. Mampus aku. Ayla memarah dirinya sendiri sebab terlepas cakap.
      “Ala.. bagitahu lah aku siapa dia tuh? Aku kan sepupu kesayangan kau tak kan tak nak bagitahu kot. Please.” Pujukku. Aduh Iz ni kalau bab memujuk dengan muka dia yang comel tu senang sangat aku cair. Ilmu guna-guna apa lah kau bagi kat aku. Sempat lagi Ayla berkata-kata tentang kehebatan Iz.
     “Hmm Yela.. Nama dia... Err.. wajib ke bagitahu kau ni?” Ayla ingin mengelak dari Iz bertanyakan siapa ‘dia’ tu  tapi sia-sia kerana Iz lebih bijak darinya.
     “Eh, wajiblah. Kau jangan nak mengelak cepat cakap. Kalau tak aku kiss kau. Nak?” kiss aku? Arghh! Tak rela! Ayla luah di dalam hati.
     “Okey-okey, jangan kiss, aku bagitahu. Nama dia... Err.. Asyraf Azhar. Hehe.” Yeah!  Bagitahu pun kau nasib baik tak kiss lagi. Sememangnya aku ugut je, huh tak kuasa aku nak kiss dia, tak terliur. Iz berkata jahat sekali.
     Akhirnya kita orang berborak sampai dekat pukul 12 tengah malam tanpa kami sedari. Tu lah kalau dah jumpa berborak, bergosip ke tak tengok jam langsung. Haha.
   Kelopak mataku terasa berat akhirnya aku tidur jugak.

Pffttt... part yg ni pendek skit.. 
xde idea plak nk tlis pnjg2 . hee

Papai
out-->