B
2
S
T

BACK TO TOP
Gadis Brutal Cari Cinta
Monday, 12 March 2012 @ 07:48
Assalamualaikum. Annyeonghaseyo all my chingus.
-Here I Am-


Bab 1
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku.
     
     Pada suatu hari, ketika Mak Ani sedang menyapu sampah di halaman rumahnya dan tiba-tiba dia terdengar bunyi ini
     “Bushh!”. Apa lagi melatah la orang tua tu.
     “Oh, mak kau nak meletup sekejap lagi”. Haha.
Rupa-rupanya anak dia yang jatuh selepas duduk bergayut atas pokok yang terletak di hadapan rumah teres 2 tingkatnya itu  untuk petik buah pelam yang masak. Apa lagi ketawa terbahak-bahak la anak dia tu tengok mak dia melatah. Hish, tak baik ketawakan mak sendiri. Mak Ani segera mendekati anaknya tu sambil menarik cuping telinga anaknya dan dia mula membebel kepada anaknya tu.
     “Kamu ni nak jadi apa hah? Anak dara panjat pokok tak malu ke? Cuba la kamu buat kerja perempuan sikit, sapu sampah ke, tolong mak siang ikan kat dapur tu ke. Ni tak sakitkan hati mak ni adalah. Kamu nak mak mati sakit jantung ke nak oii.” Bebelan Mak Ani di jawab oleh anaknya dan dia pun telah melepaskan cubitan di cuping telinga anaknya.
    “Mak.. kenapa cakap macam tu tak baik la, kalau mak mati siapa nak masak, basuh baju untuk orang ni mak.” Sambil berkata dia mengeluh.
    “Hah! Tahu pun kamu, tu yang pi terkejut kan mak tu buat apa sayang oii.” Aku menjawab dalam keadaan sedih dan menyesal kerana membuat mak aku terperanjat.
    “Okey. Okey. Orang minta maaf, orang bukan sengaja pun, orang naik atas tu pun nak ambil buah pelam tu nak makan. Maafkan orang ye mak.” Lalu aku mencium tangan emakku untuk memohon maaf. Hehe. Da macam hari raya da...
    “Hmm yela... Mak maafkan kamu. Lain kali jangan buat lagi. Kesian kat mak ni. Dah tua dah. Bila-bila je Tuhan boleh cabut nyawa mak ni.” Akhirnya aku berpelukan, erat sekali pelukan kami anak-beranak itu. Betul la kata orang syurga di bawah telapak kaki ibu.
     “Mak, ayah mana?” tanya aku ketika kami sedang menyediakan makanan tengahari.
     “Ayah kau ke mana lagi, pergi laut la, jala ikan, cari makan untuk kita.” Jika korang nak  tahu menjala ikan  adalah kerja yang dilakukan Ayah aku ketika dia sedang cuti, selain dari memancing.
 “ Hish ayah ni, esok kan dia kerja tak penat ke? Da la sekarang ni musim panas, ada ke udang kat laut tu?”
 Mak Ani mencebik.
“Entah la, mak pun tak tahu nak cakap macam mana dengan ayah kamu tu. Dah cakap macam mana pun tetap buat endah tak endah nasihat orang ni. Biarlah, mungkin dia nak hilangkan stres kerja dekat dapur masak tu.” Panjang pulak jawapan mak aku tu.
“Habis tu ni, balik ke tak ni? Atau nak orang pergi panggil. Hehe , da lama orang tak rempit ni.” Kepala anaknya diketuk dengan senduk nasi di tangannya.
“Aduh! Sakit la mak! Kenapa ni ketuk-ketuk kepala orang?” aku mengadu kesakitan.
“Hish, budak ni tak serik-serik accident hari tu sampai masuk longkang.Hah! Tu ayah kamu da balik tu. Pergi tengok apa yang dia bawa balik tu.” Aku hanya mendiamkan diri lantas dia ke rak pinggan untuk ambil mangkuk lalu dibawa ke depan rumah. Aku menuang tong yang berisi udang tu. Kalau di tengok dekat 2 kg udang yang ayah dia dapat. Alhamdullilah. Rezeki.
“Jom masuk bang, pergi mandi lepas tu kita pergi makan. Abang mesti laparkan duduk kat laut tu.” Lantas aku dan keluargaku masuk ke dalam rumah untuk lunch.



Pfffttt.. sila bagi komen anda ek, aku taw story aku tak best mcm korang, bnyk typo, tp ak akn blaja buat yg btul2.. 
so, tlg bg komen untuk aku adjust2 skit.. 
Gomawo/Thanks! :DD